Tuesday, June 30, 2009

Assalamualaikum wmr wb...

Selamat datang ke blog penghususan Al Hamra...

Tanggungjawab pemimpin amat berat..dan yang paling penting segala tindak tanduk serta setiap keputusan yang dibuat akan dipersoalkan..

Atas rasa tanggungjawap
, Al Hamra bersama-sama beberapa cendiakawan Islam di Malaysia ingin memperkenalkan dengan lebih meluas modul kursus Kepimpinan Islam yang sepatutnya menjadi teras (principle) setiap pemimpin di setiap institusi samada swasta atau badan badan berkanun atau jabatan kerajaan. Kursus ini bukan hanya terhad atau sesuai kepada pemimpin beragama Islam malah untuk semua golongan kerana Islam untuk semua.

InsyaAllah semuga kursus ini dapat memberi pengisian / menafaat / ulangkaji kepada kita semua.

Kursus lengkap 4 hari ini mengandungi 9 modul. Oleh kerana tempoh yang agak panjang, kursus biasa dibuat selama 2 + 2 hari.

Siapa yang amat perlu menghadiri mengikuti kursus ini?
  • Penghulu / Ketua - ketua kampung / Imam
  • Wakil Rakyat / Ahli Parlimen / Senator
  • Ketua-ketua jabatan - kerajaan / swasta / Pengetua / Gurubesar
  • Lain-lain: pemimpin-pemimpin pertubuhan
Al Hamra berharap kita dapat bersama-sama menyedari dan melaksanakan tanggungjawab manusia dengan Pencipta dan manusia dengan manusia bagi mewujudkan sistem yang adil dan ummah yang sejahtera. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment

Hubungi kami:

Name:
Email Address:
Contact / tel No:
Company:
Notes:

Free email forms